Anda di sini:

Tan Sri Razali Ismail

 
Anak Malaysia yang pertama memegang jawatan yang tertinggi dalam PBB

Tan Sri Razali Ismail dilahirkan pada 14 April 1939 di Alor Star Kedah. Beliau menerima pendidikan di Kolej Sultan Abdul Hamid dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1956. Setelah menamatkan pengajian di Kolej Sultan Abdul Hamid, beliau telah meneruskan pengajian di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) selama 2 tahun. Selepas itu, beliau melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian).

Kerjaya:

  • Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Kementerian Luar Negeri (14 Sept. 1962)
  • Setiausaha Kedua Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, India (1963)
  • Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Madras, India (1964)
  • Ketua Penolong Setiausaha (Hal-Ehwal Politik), Kementerian Luar Negeri (1968)
  • Kaunselor Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London (1970)
  • Berkhidmat di bawah Setiausaha 1 (Hal-Ehwal Politik), Kementerian Luar Negeri (1976)
  • Duta Besar Malaysia ke Poland, Czechoslovakia, Republik Demokratik Jerman dan Hungary (1978)
  • Pesuruhjaya Tinggi ke India (1982)
  • Timbalan Setiausaha Agung (Hal-Ehwal Politik), Kementerian Luar Negeri (1985)
  • Duta Besar Malaysia ke Cuba, Jamaica, Saint Lucia,Barbados,Trinidad dan Tobago (1988)
  • Penasihat Khas Perdana Menteri (1998)

Penglibatan dalam PBB:

  • Wakil Tetap Malaysia ke PBB, New York
  • Presiden Majlis Keselamatan PBB (1989 - 1990)
  • Pengerusi Jawatankuasa Majlis Keselamatan PBB berhubung Sekatan Senjata di Afrika Selatan (1990)
  • Naib Presiden Majlis Ekonomi dan Sosial (1991)
  • Koordinator Sidang Kemuncak Rio dan penubuhan Suruhanjaya Pembangunan Berterusan (1992)
  • Ketua delegasi Malaysia ke Persidangan PBB tentang Alam Sekitar dan Pembangunan (UNCED) di Rio de Janeiro (1992)
  • Koordinator Mesyuarat Persediaan tentang Institutional Issues UNCED ke-4 dalam Sidang Kemuncak Rio (1992)
  • Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan Berterusan di New York (1993)
  • Koordinator Isu Kewangan dalam Persidangan Pembangunan Sosial PBB di Copenhagen (1995)
  • Naib Pengerusi Jawatankuasa Persediaan Sambutan Ulang Tahun ke-50 PBB (1995)
  • Wakil Khas PBB ke Myanmar

Penglibatan Pertubuhan Sosial dan Profesional:

  • Ahli Lembaga Pengarah Akademi Keamanan Antarabangsa (1989 - 1990)
  • Profesor Anjung, Pengajian Antarabangsa Michigan State University (1993 - 1995)
  • Ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa Just World Trust
  • Fellow Persatuan Dasar Luar
  • Ahli Lembaga Penasihat Wetlands International Asia Pasific
  • Pengerusi Yayasan Salam
  • Pemegang Amanah Saham Wetlands Sanctuary
  • Pengerusi Amanah Saham Wetlands Sanctuary (1999)
  • Ahli Majlis Southeast Asia Constituency to the Global Environmental Facility (1994 - 1996)
  • Koordinator isu hak asasi manusia, NAM
  • Ahli Organization of Islamic Countries Contact Group, Bosnia-Herzegovina
  • Ahli Consultative Group on International Agricultural Research (CGIAR) Bank Dunia
  • Ahli Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN) II
  • Profesor Anjung Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Profesor Anjung Universiti Putra Malaysia
  • Pengerusi Transwater Corporation Bhd.
  • Pengerusi IRIS Technologies Sdn. Bhd.
  • Pengerusi International Bank Malaysia Bhd.
  • Pengerusi Malaysian Education Promotion Council Sdn. Bhd.
  • Konsultan MIMOS Bhd.

Sebagai mengenang jasa dan sumbangan baktinya, beliau telah dianugerahkan bintang kehormatan J.S.M oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 1978, D.S.D.K oleh Kerajaan Negeri Kedah yang membawa gelaran Dato' pada tahun 1985, P.S.M oleh Kerajaan Persekutuan yang membawa gelaran Tan Sri pada tahun 1991.

Di dalam bidang pendidikan pula, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Undang-undang daripada Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1993, Fellow Kehormat Institut Alam Sekitar dan Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1996, Anugerah Penaung daripada Tabung Alam Sekitar Sedunia,Malaysia pada tahun 1997, Anugerah US National Wildlife Federation International pada tahun 1998 dan Ijazah Doktor Kehormat Undang-undang daripada Universiti Sains Malaysia pada tahun 1998. Beliau juga telah dianugerahkan hadiah pertama iaitu 'Elizabeth Haub Prize' untuk Diplomasi Alam Sekitar daripada Pace Universiti, New York pada tahun 1999 dan juga dianugerahkan Fellow Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) pada Mei 1999. Pada November 2000, beliau telah menerima anugerah 'Orde Nation al du Merite' (National Order of Merit) daripada Kerajaan Perancis.

 
   
TUTUP TETINGKAP
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.