Anda di sini:

Tan Sri Hanafiah bin Hussain
 

Anak Melayu pertama menjadi ' Chartered Accountant'

Pengasas firma perakaunan Bumiputera yang pertama iaitu Hanafiah, Raslan, Mohamad & Partners (Chartered Accountants)
Pengarah Urusan Lembaga Urusan Tabung Haji yang pertama (1964)

Pengerusi FAMA yang pertama (1965)


Tan Sri Hanafiah bin Hussain telah dilahirkan pada 16 April 1927 di Yan, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star. Pada tahun 1948, beliau telah mendapat biasiswa perakaunan dari University Victoria, Manchester di England untuk melanjutkan pelajarannya. Beliau telah dianugerahkan Ijazah B.A Commerce. Kemudian beliau menyambung pengajiannya dan mendapat kelayakan profesional A.C.A (England & Wales).

Kerjaya:

  • Akauntan bertauliah
  • Pengarah Urusan Lembaga Urusan Tabung Haji yang pertama (1964)
  • Pengarah North Borneo Timbers Bhd. (1969 - 1971)
  • Pengerusi FAMA yang pertama (1965 - 1967)
  • Pengasas firma perakaunan Bumiputera yang pertama iaitu Hanafiah, Raslan, Mohamad & Partners (Chartered Accountants)

Penglibatan Politik:

  • Bergiat aktif dalam SABERKAS (1946)
  • Ahli Parlimen Jerai, Kedah (1964 - 1974)
  • Ahli Majlis Tertinggi UMNO (1965- 1970)
  • Bendahari UMNO Malaysia (1965 - 1970)

Penglibatan Pertubuhan Sosial dan Profesional:

  • Pengerusi Jawatankuasa Akaun Awam
  • Pengerusi Dewan Perniagaan Malaysia (1969)
  • Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (1966 - 1970)
  • Ahli 'Court of University of Malaya'
  • Ahli 'Board of Governors' Maktab Tentera DiRaja
  • Ahli 'Industrial Arbitration Tribunal'

Sebagai mengenang jasa dan sumbangan baktinya, beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran. Antaranya ialah Panglima Mangku Negara (P.M.N) oleh DYMM Yang DiPertuan Agong, Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K) oleh KDYMM Sultan Kedah, Ahli Mangku Negara (A.M.N) dan Setia DiRaja Kedah (S.D.K).

 
   
TUTUP TETINGKAP
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.