Anda di sini:

Dr. Mustapha bin Osman

Anak Melayu Pertama menjadi Patalogis

 

Dr. Mustapha dilahirkan pada 19 Januari 1900. Beliau mendapat pendidikan menengah di Penang Free School. Seterusnya beliau telah dihantar melanjutkan pelajaran oleh Kerajaan Negeri Kedah ke University of Hong Kong pada tahun 1919.

Setelah menerima biasiswa Rockefeller Fellowship, beliau melanjutkan pengajian dalam bidang Ilmu Patologi di United Kingdom. Beliau merupakan anak Melayu yang pertama menjadi ahli Patologis.


Kerjaya:

  • Pensyarah di University Edinburgh,Scotland (1918)
  • Tenaga pengajar di University of Hong Kong
  • 'State Surgeon' , Kedah (1930)
  • Ahli Majlis Perundangan Kerajaan Persekutuan (1951)

Beliau telah bersara pada tahun 1955 dan meninggal dunia dalam tahun 1975 di Pulau Pinang. Bagi mengenang sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran. Antaranya ialah 'Efficiency Medal' pada tahun 1949 dan 'The Badlishah Decoration of Loyalty'.

 
   
TUTUP TETINGKAP
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.