Anda di sini:

Dato' Dr. Abdul Halim bin Ismail

Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Berhad
yang pertama

 

Dato' Dr. Abdul Halim bin Ismail dilahirkan pada 28 Januari 1939 di Kedah Darul Aman. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Simpang Empat dan kemudian menyambung pelajarannya di Al-Maahad Al-Mahmud (Maktab Mahmud). Selepas itu, beliau bertukar ke Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star (SAHC) bagi meneruskan pengajiannya ke tingkatan enam pada tahun 1960 hingga 1961. Pada tahun 1965, Dato' Dr. Abdul Halim meneruskan pengajiannya di Universiti Malaya dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang ekonomi. Seterusnya pada tahun 1966, beliau berangkat ke England untuk mengikuti pengajian di University Of Oxford, England di dalam bidang Ekonomi sehingga memperolehi ijazah Doktor Falsafah.

Kerjaya :
  • Pensyarah Fakulti Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (1970)
  • Dekan Fakulti Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Ketua Ahli Ekonomi Bank Bumiputera Malaysia Berhad (1977-1982)
  • Pengarah Urusan Bank Islam (1983-1994)
  • Pengerusi Eksekutif BIMB Securities Sdn. Bhd.
  • Pengarah BIMB Unit Trust Management Sdn. Bhd.

  • Pengarah BIMB Holdings Sdn. Bhd.

  • Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

  • Ahli Lembaga Pengarah Golden Hope Plantation Berhad

Penglibatan Pertubuhan Sosial dan Profesional :

  • Ahli Jawatankuasa 'Syariah Advisory Councils' Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara

  • Pengerusi Majlis Senat Universiti Utara Malaysia

Beliau telah dianugerahkan 'Tokoh Kewangan Islam' kerana pencapaian yang cemerlang di dalam bidang kewangan dan sumbangan besar dalam memperkembangkan perbankan dan kewangan Islam di Malaysia dalam bidang-bidang pengurusan, perancangan, perundangan, penyelidikan dan pembangunan. Bagi menghargai sumbangan dan jasanya, beliau telah dianugerahkan darjah kebesaran Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.) dari KDYMM Sultan Kedah yang membawa gelaran Dato'.

 
   
TUTUP TETINGKAP
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.