| |
Tun Zahir telah dilahirkan di Kedah Darul Aman
pada 19 Mac 1924. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Maktab
Sultan Abdul Hamid, Alor Star dan telah meneruskan pengajian di Lincoln's
Inn, London sehingga memperolehi Ijazah Undang-Undang pada tahun 1955.
Selain itu, beliau juga merupakan pemegang diploma dalam bidang kewartawanan.
Tun Zahir merupakan peguam Melayu pertama di negeri ini yang memperolehi
ijazah Barrister-at-Law dari Lincoln's Inn, London pada tahun 1955.
Kerjaya :
- Peguambela dan Peguamcara (1956 - 1975)
- Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (1959)
- Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kedah (1959 - 1963)
- Ahli Dewan Negara (1963 - 1964)
- Ahli Dewan Rakyat (1964 - 1969)
- Hakim Mahkamah Tinggi, Kota Bahru (1975 - 1982)
- Yang Dipertua Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia (1982- kini)
Penglibatan Pertubuhan Sosial dan Profesional
:
- Pengerusi Lembaga Penyelarasan dan Penasihat Pendidikan Agama
Islam (LEPAI)
- Presiden Bersama Kesatuan Antara Parlimen Cawangan Malaysia
- Pro - Canselor Universiti Teknologi Malaysia
- Ahli Pertubuhan Penembak Selangor
- Yang Dipertua Kelab Rotary Alor Star
- Yang Dipertua Persatuan Perancang Keluarga Kedah
Penglibatan di peringkat antarabangsa
:
- Ahli Perwakilan Persekutuan Tanah Melayu ke Bangsa-Bangsa Bersatu
- Mewakili Persatuan Tanah Melayu dalam Suruhanjaya Penyelidik
Cobbold
- Presiden Pertubuhan Antara Parlimen ASEAN
- Presiden Bersama Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Malaysia
- Presiden Kesatuan Parlimen Asia Pasifik
- Yang DiPertua Asia Pasific Parliamentary Union
- Ahli Jawatankuasa Tetap Persidangan Speaker-Speaker Komanwel
- Ahli Jawatakuasa Kerja Persatuan Parlimen Komanwel
- Presiden Persatuan Parlimen Komanwel (Oktober 1995)
Penglibatan Politik :
- Naib Ketua UMNO Bahagian Kedah Utara
Tun Zahir turut memberi sumbangan kepada penerbitan
negara. Beliau memang berminat di dalam bidang penulisan sejak usia
remaja lagi. Di antara karya yang dihasilkan termasuklah artikel dan
rencana di dalam majalah dan akhbar. Selain daripada itu, beliau juga
giat menulis dan menghasilkan buku-buku dalam bentuk drama dan novel
seperti Sungai Korok Wan Mat Saman, Pendekar Kundur, Cik Siti Wan
Kembang, 'Unfederated Malay Statas Land Laws', 'Glimpses
of Malay School HOSBA in the Early 30's', Mengejar Kebahagiaan
dan Bukit Puteri.
Bagi menghargai jasa dan sumbangannya, beliau
telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran antaranya Johan
Mangku Negara pada tahun 1962, S.P.M.K (Kelantan) pada tahun 1975,
Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K) pada tahun 1981, Panglima Mangku
Negara (P.M.N) pada tahun 1984, Seri Setia Mahkota Kedah (S.S.M)
yang membawa gelaran Tun dan Seri Setia DiRaja Kedah (S.S.D.K) pada
tahun 2002. Tun Zahir juga telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor
Falsafah (Pengurusan) dari Universiti Utara Malaysia dan Universiti
Teknologi Malaysia dan Ijazah Doktor Falsafah (Persuratan) dari
Universiti Utara Malaysia
Tun Zahir telah kembali ke rahmatullah pada 14 Oktober 2004.  |
|