| |
Tun Abdul Hamid Bin Haji Omar dilahirkan pada
25 Mac 1929 di Kuala Perlis, Perlis Indera Kayangan. Beliau mendapat
pendidikan awal di Kolej Sultan Abdul Hamid pada tahun 1940 di Alor Star sebelum pelajarannya tergendala akibat meletusnya Perang Dunia
II. Dalam tempoh perang itu beliau berjaya menguasai bahasa Jepun
dengan baik. Selepas perang beliau kembali ke Alor Star dan berjaya
lulus dalam peperiksaan 'Senior Cambridge'. Semasa di Kolej Sultan
abdul hamid, beliau terkenal sebagai johan merentas desa dan pemain
ragbi yang hebat. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajarannya di
dalam bidang perundangan di Lincolns Inn, London.
Kerjaya :
- Memasuki Perkhidmatan Awam sebagai Majistret (1955)
- Timbalan Pendakwaraya Negeri Perak (1960 - 1961)
- Penasihat Undang-Undang Perak (1961 - 1962)
- Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (1967)
- Penggubal Undang-Undang Persekutuan
- Hakim Mahkamah Tinggi (1968)
- Hakim Besar Malaya (3 Februari 1984)
- Ketua Hakim Negara (10 November 1988)
Penglibatan Pertubuhan Sosial dan Profesional :
- Presiden Persatuan Golf Asia
- Ahli Golf Amatur Dunia
- Persatuan Kusta Malaysia
- Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor
- Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.
Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya,
beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran oleh kerajaan
antaranya ialah Seri Setia Mahkota (S.S.M.) yang membawa gelaran
Tun oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong pada 7 Jun
1989, Panglima Setia Mahkota (P.S.M.), P.M.N.,D.P.M.P. dan P.M.P.
 |
|