Anda di sini:

Tan Sri Syed Agil Bin Syed Hassan Barakbah

 

Tan Sri Syed Agil Bin Syed Hassan dilahir pada 4 Jun 1923 di Alor Star, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Al-Mashoor Islamic School, Pulau Pinang dan Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star. Pada tahun 1958, beliau telah melanjutkan pengajiannya di Middle Temple, London di dalam jurusan undang-undang.

Kerjaya :

  • Pegawai Kadet di Pejabat Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah (1941)
  • "Senior Assistant Food Inspector" (1945 - 1946)
  • Penolong Pegawai Daerah Kota Setar dan sekaligus dilantik sebagai "Second Class Magistrate" di Alor Star (1950)
  • Majistret di Taiping (1951)
  • Majistret di Sungai Petani (1954)
  • "Acting President Of Session Court" di Kuala Lumpur (1958)
  • "First Class Magistrate" di Pulau Pinang
  • Presiden "Session Court" di Alor Star (1958)
  • Presiden "Session Court" di Johor Bahru (1960)
  • Pengarah "Badan Pencegah Rasuah" di Kuala Lumpur (1966)
  • Hakim Mahkamah Tinggi dan hakim Mahkamah Persekutuan (1969 - 1988)

Penglibatan Pertubuhan Sosial dan Profesional:

  • Pengerusi dan Ahli Suruhanjaya DiRaja
  • Ahli Lembaga Pengarah Institut Kefahaman Islam (IKIM)
  • Pengerusi produk berasaskan herba, Nona Roguy

Di atas jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan, beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran antaranya Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran Tan Sri dan Dato' Paduka Mahkota Kedah (D.P.M.K).

 
   
TUTUP TETINGKAP
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.