Anda di sini:

Y. A. Dato' Alauddin Bin Dato' Mohd. Sheriff

 

Yang Ariff Dato' Alauddin Bin Dato' Mohd Sheriff telah dilahirkan di Kulim, Kedah pada tanggal 7 Ogos 1946. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sungai Petani pada tahun 1953. Kemudiannya beliau meneruskan pengajiannya di Sekolah Rendah Bandar Baharu pada tahun 1955. Pada tahun 1959, Dato' Alauddin Mohd Sheriff menyambung pelajarannya ke Sekolah Menengah Sultan Badlishah sebelum bertukar ke Sekolah Menengah Ibrahim sehingga tahun 1963. Pada tahun 1964, beliau sekali lagi berpindah sekolah ke Kolej Sultan Abdul Hamid dan menamatkan zaman persekolahannya pada tahun 1965.

Dato' Alauddin telah meneruskan pelajarannya ke peringkat lebih tinggi apabila beliau menyambung pengajiannya ke Universiti Malaya pada tahun 1966. Pada tahun 1967, beliau telah berangkat ke London untuk menyambung pelajarannya dalam jurusan undang-undang di Inner Temple hingga tahun 1970.

Kerjaya :

  • Pesuruhjaya Kehakiman di Johor Bharu (1992)
  • Hakim Mahkamah Tinggi Kangar, Perlis (1994)
  • Hakim Mahkamah Tinggi Alor Star, Kedah (1996)
  • Hakim Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur (2001)

Selama berkhidmat sebagai pengamal undang-undang, Yang Arif Dato' Alauddin telah dianugerahkan beberapa pingat kebesaran seperti Setia Mahkota Johor (S.M.J) pada tahun 1982, Pingat Ibrahim Sultan (P.I.S) pada tahun 1983, Darjah Paduka Mahkota Johor (D.P.M.J) pada tahun 1985 dan Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K) pada tahun 1998 yang membawa gelaran Dato'.

 
   
TUTUP TETINGKAP
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.