Anda di sini:

Dato' Maznah Hamid

 

Datuk Maznah Hamid dilahirkan di Air Hitam, Kedah Darul Aman. Bersesuaian dengan jolokan sebagai Wanita Waja (Iron Lady), beliau merupakan wanita pertama yang mengusahakan perkhidmatan kawalan yang sebelum ini menjadi dominan golongan kaum lelaki.

Kerjaya:

  • Pengerusi Danau Lumayan
  • Pengerusi Securiforce Hi-Tech Cargo
  • Lembaga Pengarah Golden Hope Plantations Berhad
  • Lembaga Pengarah Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
  • Lembaga Pengarah Universiti Utara Malaysia
  • Lembaga Pengarah Maznah Motivational Centre
  • Lembaga Penasihat Excellerated Business School. Inc, USA
  • Lembaga Amanah Yayasan Sultanah Bahiyah, Kedah
  • Ahli Majlis Pembangunan, Usahawan, KPU
  • Ahli Majlis Pelan Tindakan Pembangunan Ummah, JPM
  • Presiden Usahawan Wanita Wilayah Utara (USAHAWATI)

Penglibatan Politik :

  • Exco Pergerakan Wanita UMNO, Malaysia
  • Pengerusi Biro Pembangunan Sumber Manusia

Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan anugerah Usahawan Cermerlang 1989, Anugerah Kehormat Wanita Cermerlang Tan Sri Fatimah dan Anugerah Graduan Daya Kepimpinan Negeri. Beliau juga telah dianugerahkan Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K) oleh KDYMM Sultan Kedah, P.J.N., K.M.N.,dan A.M.K.

 
   
TUTUP TETINGKAP
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.