Anda di sini:

Tan Sri Dr. Othman Bin Yeop Abdullah

Suara Latar   Klip Video

 

Tan Sri Dr. Othman Yeop Abdullah dilahirkan pada 13 September 1941 di Alor Star, Kedah. Beliau menerima pendidikan menengah di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star. Beliau seterusnya melanjutkan pengajiannya di Universiti Malaya dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Pengurusan pada tahun 1965. Beliau menyambung pelajaran ke United Kingdom dengan memperolehi Diploma of Development Administration dari London School Of Economics. Kemudian beliau telah melanjutkan pengajiannya di peringkat Sarjana di dalam bidang Pengurusan di Massachussetts Institute of Technology (MIT) pada tahun 1976 dan Ijazah kedoktoran di dalam bidang Pengurusan daripada Universiti Of California (Irvine) pada tahun 1984.

Kerjaya:

  • Penolong Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (1965-1969)
  • Ketua penolong Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (1969 -1970)
  • Ketua Penolong Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam
  • Pengetua Pusat Pembangunan Pekerja, INTAN (1974 -1975)
  • Timbalan Pengarah INTAN (1976 -1980)
  • Timbalan Ketua Setiausaha II, Kementerian Pendidikan (1985 -1986)
  • Pengarah MAMPU (Sept. 1986)
  • Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos (1988)
  • Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) (1989)
  • Ketua Setiausaha, Kementerian Perusahaan Utama (April 1993)
  • Pengerusi Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDC)
  • Setiausaha Panel Penasihat Antarabangsa, Koridor Raya dan Multimedia
  • Ahli Lembaga 'The International Steering Committee' Exxon Education Grant (1976 -1980)
  • Penasihat dan Perunding kepada UNICEF dan Asian Pasific Development Centre (1976 -1980)
  • Presiden 'Management Science Operation Research of Malaysia'
  • Pengerusi Jawatankuasa IRPA dalam bidang penyelidikan Sains Sosial.
  • Ahli 'Malaysia National Council for Science Operation Research Society'
  • Ahli Majlis Teknologi Maklumat Negara (NITC)
  • Majlis Penasihat Antarabangsa (WIPO), Geneva ( Julai 1993 - 30 Jun 1996)

Tan Sri Dr. Othman Yeop juga merupakan seorang cendekiawan bangsa yang mana pemikirannya banyak diterbitkan sama ada dalam bentuk arikel, buku dan majalah antaranya 'Developing Corporate Strategies for Public Enterprises in Malaysia' (1978), 'Strengthening the Evaluation System for Rural Development Programme in Asia' (1982), 'Improving Efficiency and Service Of Public Sector' (1978), 'Allocation of Functions and Responsibilities Between Levels of Governments in Malaysia' (1987),'Modernizing the Administrative Machinery to Provide the Critical Support' (1988), 'Human Resource Development for Industrialization' (1990) dan 'The Impacts of Information Technology on Human Society' (1991).

Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran iaitu Kesatria Mangku Negara (K.M.N) pada tahun 1978, Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K) pada tahun 1989, Johan Mangku Negara (J.M.N) pada tahun 1989 dan Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran Tan Sri.

Di dalam bidang akademik pula, beliau telah dianugerahkan 'Alfred P. Sloan Fellowship dari Massachusetts Institute of Technology (MIT) (1975-1976), 'Chancellor's Patent Fund Award' dari University of California, Irvine (1983-1984), 'Honorary Doctorate Of Science Degree' dari Loughbrough University dan 'Honorary Doctotrate in Information Technology' dari University Utara Malaysia.

 
   
TUTUP TETINGKAP
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.