| |
Datuk A. Kadir Jasin telah dilahirkan pada 23 Ogos
1947 di Kampung Tanah Merah, Pendang Kedah. Beliau merupakan anak
kedua daripada lapan orang adik beradik. Beliau mendapat pendidikan
awal di sebuah sekolah Melayu di Pendang dan menyambung pendidikan
menegahnya di Sekolah St. Micheal dan Kolej Sultan Abdul Hamid di
Alor Star dan kemudiannya berpindah ke Sekolah Menengah Ibrahim Sungai
Petani, Kedah.
Datuk A. Kadir Jasin menerima tawaran biasiswa
Colombo Plan dan meneruskan pengajiannya di dalam bidang
kewartawanan di Wellington Polytechnic di New Zealand pada tahun
1971. Seterusnya beliau di hantar ke Berlin International Institute
of Journalism untuk mengikuti kursus Advance Journalism pada
tahun 1977.
Kerjaya:
- Berkhidmat sebagai wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
(Bernama) - cawangan Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. (1969)
- Kembali bertugas di BERNAMA, Bahagian Ekonomi.
- Berkhidmat di New Straits Times (M) Sdn Bhd, 'Bahagian Time'
(13 Ogos 1976)
- 'Assistant Group Editor' untuk Berita Harian (1984)
- 'Group Editor' bagi akhbar Berita Harian (1986-1988)
- 'Group Editor' New Straits Times, New Sunday Times, Business
Time, The Malay Mail dan Sunday Mail dan juga semua terbitan majalah
Bahasa Inggeris.
- 'Group-Editor-in-Chief' di New Straits Times. Berkuasa
ke atas penerbitan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu (1988)
- Lembaga Pemegang Amanah 'Press Foundation of Asia', Manila.
- Ahli 'Malaysian Business Council'.
- Ahli Majlis 'Asia-Australia Institute University of New South
Wales'.
- Ahli 'National Information Technology Council' (NITC).
- Ahli Lembaga Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
- Ahli 'National Unity Consultative Council'.
Pada 31 Mei 2000, selepas suku abad berkhidmat
di dalam bidang kewartawanan, beliau telah mengambil keputusan untuk
bersara. Selama tempoh perkhidmatan beliau di bidang kewartawanan,
beliau telah banyak menerima penghargaan, anugerah dan pingat dari
dalam dan luar negara. Beliau telah dianugerahkan gelaran Datuk
oleh DYMM Yang DiPertuan Agong pada tahun 1995. Datuk A. Kadir Jasin
juga menerima anugerah Doktor Persuratan daripada Universiti Sains
Malaysia pada tahun 1998 di atas sumbangan beliau yang begitu besar
di dalam dunia kewartawanan dan juga kejayaan penghasil buku 'Other
Thots'. Pada tahun 1978, Dato' A. kadir Jasin menerima anugerah
"Editor of The Year" daripada Mitsubishi/Press Foundation
di peringkat Asia. Kini, Dato' A. Kadir Jasin kembali dilantik sebagai
Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), iaitu tempat
di mana beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang wartawan suatu
ketika dulu.
|
|