Anda di sini:

Tan Sri Dato' Haji Khalid bin Abdullah

 

Tan Sri Dato' Haji Khalid bin Abdullah dilahirkan pada 5 November 1922 di Seberang Perak Alor Star, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Star, Kedah dan Sekolah Sungai Korok, Alor Star, Kedah. Pada tahun 1934, beliau menyambung pelajarannya di Maktab Mahmud, Kedah.

Kerjaya:

  • Pengarah dan Pengerusi Julong Sdn. Bhd (1987 -1995)
  • Pengarah Jawatankuasa Audit, Pernas International Holdings Berhad sejak (1982)
  • Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu (M) Bhd

Penglibatan Politik:

  • Menganggotai Parti SABERKAS (1948)
  • Pengerusi Tetap UMNO Bahgaian Kedah Utara
  • Bendahari Perhubungan UMNO Negeri Kedah
  • Nazir Amanah, UMNO Negeri Kedah (1956)
  • Timbalan Ketua UMNO Alor Star pada tahun (1962)
  • Ketua UMNO Bahagian dan Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Negeri Kedah ( 1969)
  • Senator dan ADUN kawasan Alor Merah (1975-1980)
  • Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (1982)
  • Ahli Majlis Tertinggi UMNO (1985 / 1990)


Beliau aktif dalam bidang politik dan aktiviti-aktiviti sosial.
Penglibatan Pertubuhan Sosial dan Profesional :

  • Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (1983)
  • Pengerusi Muzium Negeri Kedah
  • Yang Di Pertua Dewan Perhimpunan Melayu Kedah
  • Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu dan Perusahaan Negeri Kedah (1977- 1995)
  • Pengerusi Yayasan Al-Maahad Al-Mahmud
  • Pengerusi Madrasah Insaniah
  • Timbalan Pengerusi Persatuan Bekas Pelajar Al-Maahad Al-Mahmud

Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran antaranya Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K), Jaksa Pendamai (J.P), Kesatria Mangku Negara (K.M.N) dan Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran Tan Sri.

 
   
TUTUP TETINGKAP
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.