Anda di sini:

Dato' Dr. Md. Khir Abdul Rahman


 

Dato' Dr. Md. Khir Abdul Rahman dilahirkan pada 2 Ogos 1947 di Kanchut, Alor Star, Kedah. Beliau menerima pendidikan awal di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star sebelum meneruskan pengajiannya di Universiti Malaya dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik. Seterusnya, beliau telah menerusnya pengajiannya di peringkat Sarjana dan Kedoktoran di State University of Ghent, Belgium dan telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Pembangunan Pertanian dan Ijazah Kedoktoran Sains dalam bidang Statistik Pengkomputeran.

Kerjaya :

  • Memulakan kerjayanya di Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) (1972).
  • Berkhidmat di Bank Negara (1983)
  • Pengarah Urusan, Kumpulan Teknologi Mejati (1996 )
  • Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif / Pengurus Besar Malaysian Electronics Payment System Sdn. Bhd. (MEPS).
  • Ketua Eksekutif dan Ahli Lembaga Telekom Malaysia (1 Mei 2000)
  • Pengarah Multimedia Development Corporation Sdn. Bhd (MDC)
  • Pengarah 'Malaysian Industry Government Group for High Technology' (MIGHT).
  • Ahli Jawatankuasa Tender (TelCo)
  • Ahli Lembaga Jawatankuasa Skim Opsyen Saham Pekerja Lembaga
  • Ahli Lembaga kepada beberapa anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat bersekutu Telekom Malaysia.

Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.) oleh KDYMM Sultan Kedah yang membawa gelaran Dato'.

 
   
TUTUP TETINGKAP
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.