Anda di sini:

YB. Dato' Haji Hanafi Bin Ramli

 

Dato' Haji Hanafi dilahirkan pada 6 Disember 1943 di Tunjang, Jitra, Kedah. Beliau mendapat didikan awal di Sekolah Rakyat Sungai Korok Changleh, Mukim Naga pada tahun 1950. Pada tahun 1953, beliau meneruskan persekolahannya di Sekolah Melayu Tunjang. Minatnya untuk menguasai bahasa Inggeris semakin mendalam apabila beliau diterima masuk ke Sekolah Inggeris Sultan Ahmad Tajudin, Jitra walaupun untuk kelas pada waktu malam sahaja.

Setelah tamat Tingkatan 5, permohonan beliau untuk bekerja dengan kerajaan, telah diluluskan. Beliau kemudiannya meletak jawatan dan menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Atas kesempatan berulang-alik ke Medan, Indonesia, beliau kemudiannya mendaftarkan diri untuk menjadi siswa di Universiti Islam Sumatera Utara (UISU) selama 4 tahun dan memperolehi Ijazah Sains Politik.

Kerjaya:

  • Pengerusi Jawatankuasa Perniagaan Kecil Bumiputera
  • Pengerusi Jawatankuasa Industri Tembakau Negeri Kedah
  • Pengerusi Penasihat Pengangkutan Awam Negeri Kedah
  • Pengerusi dan Penasihat Sidang Editor Warta Darul Aman
  • Ahli Lembaga Pengarah KEDA
  • Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Kedah
  • Timbalan Pengerusi PERNAS (1 Mac 1991)
  • Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (1 Ogos 1993)
  • Pengerusi PROMTO Berhad
  • Ahli Lembaga Pengarah Dunlop Estate
  • Pengerusi Eksekutif HBR Holding Group

Penglibatan Politik:

  • Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu
  • Setiausaha Biro Pelajaran Pergerakan Pemuda UMNO Negeri
  • Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tunjang (1978-1981 )
  • Naib Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu
  • Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (28 April 1982)
  • Naib Ketua Bahagian Kubang Pasu (1989)

Penglibatan Pertubuhan Sosial dan Profesional :

  • Setiausaha Kelab Baling
  • Pengerusi Persatuan Pelajar-pelajar Islam Cawangan Negeri Kedah (1967 - 1969)
  • Persatuan Belia Bimbingan Alor Star (1969 - 1973), di mana ia merupakan satu-satunya gerakan yang menjurus ke arah pendidikan kepada pelajar-pelajar Melayu yang gagal meneruskan pelajaran mereka di sekolah kerajaan.
  • Setiausaha gerakan Pertubuhan Belia 4B (1969 - 1978)
  • Pengerusi Gerakan Belia 4B Negeri Kedah (1978 - 1981)
  • Setiausaha Majlis Belia Negeri Kedah
  • Exco Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia
  • Exco Belia Majlis Malaysia
  • Setiausaha Agung Pergerakan Belia 4B Malaysia
  • Ahli Majlis Perunding Belia Negara
  • Bertanggungjawab menubuhkan Yayasan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Negeri Kedah.

Di atas jasa bakti terhadap negeri dan negara, Dato' Haji Hanafi telah dianugerahkan beberapa darjah kebesaran iaitu Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.), Setia Muadzam Shah (S.M.S.), Kesatria Mangku Negara (K.M.N.), Ahli Mahkota Kedah (A.M.K.), Ahli Mangku Negara (A.M.N.), Pingat Pangkuan Negara (P.P.N.), Pingat Jasa Bakti (P.J.K.) dan dilantik sebagai Jaksa Pendamai (J.P.).

 
   
TUTUP TETINGKAP
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.