Anda di sini:

YAB Dato' Seri Haji Mahdzir bin Khalid

 

YAB Dato' Seri Haji Mahdzir bin Khalid dilahirkan pada 15 Disember 1960 di Alor Star, Kedah. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jabi, Pokok Sena dan menyambung pengajian di peringkat Menengah di Sekolah Menengah Pokok Sena dan Sekolah Menengah Dato' Syed Omar, Alor Star. Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari Universiti Sains Malaysia (USM).

 

Kerjaya :

  • Pegawai Pendidikan (1984-1990)
  • Pengetua SMK Gadong, Beaufort, Sabah (1990-1993)
  • Pegawai Khas Y.A.B Menteri Besar Kedah, Darul Aman (1993-1996)
  • Pengarah Seranta, Kementerian Tanah Dan Pembangunan Koperasi, Kuala Lumpur (1998-1999)
  • Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri (1999-2003)
  • Setiausaha Politik Y.A.B Perdana Menteri (2003-2004)
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pedu (2004-kini)
  • Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Portfolio Pertanian, Pembangunan Luar Bandar dan Pembangunan Koperasi)
  • Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Luar Bandar dan Pembangunan Koperasi (2004-kini)
  • Pemangku Menteri Besar Kedah (17 Julai - 22 Disember 2005)
  • Menteri Besar Kedah ke-9
  • Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah Kewangan dan Hasil Bumi

Penglibatan Pertubuhan Sosial dan Profesional :

  • Pengerusi, Yayasan Basmi Kemiskinan Darul Aman
  • Pengerusi, Persatuan Bola Sepak Daerah Pokok Sena, Kedah
  • Ahli UMNO Cawangan Kampung Padang Kerasak, Padang Terap, Kedah
  • Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Kedah
  • Pemangku Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah

Bagi mengenang sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan Bintang Kebaktian Masyarakat (BKM) daripada Sultan Kedah pada tahun 1996, Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) daripada Sultan Perak pada tahun 2003 dan terkini ialah Darjah Seri Setia Diraja Kedah (SSDK) yang membawa gelaran Dato' Seri pada tahun 2006.


 
   
TUTUP TETINGKAP
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.