Anda di sini:

Che Mohammad Ariffin Bin Mohd. Arshad

 

Che Mohammad Ariffin bin Mohd. Arshad dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang pertama bermula dari tahun 1905 sehingga tahun 1922.

Sewaktu beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, beliau telah menggalakkan rakyat supaya berkecimpung di dalam bidang pertanian dan penternakan untuk meningkatkan sumber ekonomi dan pendapatan.

Beliau juga cenderung di dalam mentadbir hal-ehwal Agama Islam di Negeri Kedah. Beliau berperanan serta bertanggungjawab dalam pembinaan beberapa buah masjid di Negeri Kedah seperti Masjid Derga di Alor Star, Masjid Tanjung Musang dan Jabi di Pokok Sena serta Masjid Kebun 500 di Kampung Tualang, Pokok Sena, Kedah.

 
   
TUTUP TETINGKAP
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.