|
Dato' Paduka Hj. Radzi bin Basir dilahirkan pada 17 Januari 1932
di Langkawi, Kedah. Pendidikan awal beliau bermula pada tahun 1938
di Sekolah Melayu Kedawang. Pada tahun 1939, beliau bersekolah di
Sekolah Melayu Sik, Kedah dan seterusnya menyambung pelajaran di
Sekolah Melayu Kangkong pada tahun 1940. Pendidikan menengahnya
bermula di Kolej Sultan Abdul Hamid pada tahun 1945 dan mendapat
kelulusan Senior Cambridge. Pada tahun 1957, beliau menerima B.A
Hons. di School of Oriental & African Studies, University of
London.
Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Setiausaha Negeri Kedah
pada tahun 1976 sehingga tahun 1987. Beliau telah berkhidmat dengan
Kerajaan Negeri Kedah selama 34 tahun iaitu mulai tahun 1953 sehingga
tahun 1987.
Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan
oleh kerajaan pingat dan darjah kebesaran iaitu Dato' Paduka Seri
Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (D.H.M.S.), Dato' Setia Diraja
Kedah (D.S.D.K.), P.S.B., Setia Mahkota Kedah (S.M.K.), Ahli Mangku
Negara (A.M.N.) dan Bintang Cemerlang Kedah (B.C.K.). Beliau juga
telah dianugerahkan gelaran Dato' Bijaya Indera ( Dato' Bergelar
Orang Besar Enam Belas)
|