| |
Dato' Paduka Hj. Mohd. Saad bin Endut dilahirkan di Alor Merah,
Alor Setar, Kedah pada 27 Ogos 1937. Pendidikan awal beliau bermula
di Sekolah Melayu Alor Merah dan pendidikan menengah di Kolej Sultan
Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah. Beliau meneruskan pengajian di Universiti
Sydney, Australia dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sastera
(Ekonomi) pada tahun 1962.
Kerjaya:
- Penolong Pegawai Daerah Kulim
- Penolong Pegawai Daerah Bandar Baharu
- Penolong Pesuruhjaya Tanah dan Galian Negeri Kedah
- Pendaftar Surat-surat Hakmilik Tanah Negeri Kedah
- Pemungut Hasil Tanah Kota Setar
- Pegawai Daerah Padang Terap
- Pegawai Daerah Baling
- Penolong Kanan Pegawai Unit Kawalan Harga Beras Negeri Kedah
- Pemangku Pegawai Daerah Kota Setar
- Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah
- Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah
- Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pembangunan)
- Pegawai Kewangan Negeri Kedah (15 Januari 1987)
- Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (1989 - 1992)
- Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah
Penglibatan Pertubuhan Sosial dan Profesional:
- Presiden Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah
Sebagai menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan
pingat dan darjah kebesaran. Antaranya ialah Dato' Paduka Seri Setia
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (D.H.M.S.), Dato' Setia Diraja
Kedah (D.S.D.K.), Johan Setia Mahkota (J.S.M.), Bintang Cemerlang
Kedah (B.C.K.) dan Jaksa Pendamai (J.P.). Beliau juga telah dianugerahkan
gelaran Dato' Indera Senggara (Dato' Bergelar Orang Besar Enam Belas)
|
|