Anda di sini:

Y.B. Dato' Paduka Hj. Ismail B. Tan Sri Hj. Shafie
(Dato' Lela Setia)

 

 

Y.B. Dato' Paduka Hj. Ismail bin Tan Sri Hj. Shafie dilahirkan di Baling, Kedah pada 26 Mei 1947. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Sultan Badlishah, Kulim.

Kerjaya :

  • Kadet Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS) (1 Januari 1969)
  • Penolong Pegawai Daerah (Tanah) Kulim (17 Mei 1969)
  • Penolong Pegawai Daerah (Tanah) Kuala Muda (15 Oktober 1971)
  • Penolong Pegawai Daerah Bandar Baharu (1 Sept. 1972)
  • Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Muda (1 Okt. 1973)
  • Pegawai Daerah Langkawi (1 Januari 1979)
  • Pegawai Daerah Sik ( 1 November 1983)
  • Pegawai Daerah Kubang Pasu (1 Mac 1986)
  • Pegawai Daerah Kuala Muda (1 Januari 1990)
  • Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah (25 Ogos 1992)
  • Pegawai Kewangan Negeri Kedah (16 Jan. 1994)
  • Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (26 April 1996)

Penglibatan Pertubuhan Sosial dan Profesional :

  • Presiden Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (1999)

Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Kedah pingat dan darjah kebesaran. Antaranya ialah Dato' Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (D.H.M.S.) yang membawa gelaran Dato' Paduka, Dato' Setia Diraja Kedah (D.S.D.K.) yang membawa gelaran Dato', J.M.N dan Bintang Cemerlang Kedah (B.C.K.)

 
   
TUTUP TETINGKAP
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.