| |
Dato' Wira Ku Nahar b. Ku Ibrahim telah dilahirkan pada 27 Oktober
1947 di Sungai Petani, Kedah. Beliau telah menerima pendidikan awalnya
di Sekolah Rendah Ibrahim pada tahun 1955 hingga 1960. Setahun kemudian,
beliau menyambung pelajarannya di Sekolah Menengah Ibrahim dan menamatkan
pengajiannya pada tahun 1965. Pada tahun 1966, beliau ditawarkan
untuk meneruskan pengajiannya di Kolej Sultan Abdul Hamid selama
dua tahun. Beliau kemudiaanya telah diterima masuk ke Universiti
Malaya pada tahun 1968 dan memperolehi Ijazah B.A. (Hons) Geografi
pada tahun 1970.
Kerjaya :
- Kadet Tadbir Negeri di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah
Darul Aman (1971)
- Penolong Pegawai Daerah Kulim (1971-1973)
- Penolong Pegawai Daerah Tanah (1) Kota Setar (1972)
- Penolong Pegawai Daerah Langkawi (1973)
- Penolong Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah (1976)
- Pegawai Tadbir Negeri Tingkatan 1B (1979)
- Pengarah Projek Lembah Kedah (IADP) - secara kontrak (1982)
- Pegawai Tadbir Negeri Tingkatan Tertinggi "G" (1984)
- Pegawai Daerah Baling (1990)
- Pemangku Pegawai Daerah Langkawi (1992)
- Pegawai Daerah Kulim (1994)
- Pegawai Daerah Kuala Muda (1996)
- Pegawai Daerah Kota Setar (1997)
- Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) dan juga Pengarah
Unit Perancangan Ekonomi Negeri Kedah (UPEN) (2001)
- Pegawai Kewangan Negeri Kedah (2003)
- Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Julai 2003)
Sebagai mengenang sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan
Bintang Cemerlang Kedah (B.C.K.), Kesatria Mangku Negara (K.M.N),
Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.) dan Darjah Kebesaran Gemilang
Seri Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (D.G.M.K) oleh KDYMM Sultan
Kedah.
|
|