Anda di sini:

Haji Mohamad Sheriff Bin Awang Osman

 

Haji Mohamad Sheriff bin Awang Osman merupakan seorang pentadbir dan pemimpin yang lahir dari golongan orang kebanyakan di zaman pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah yang pada masa itu dikuasai oleh golongan atasan bergelar Tunku, Syed dan Wan. Beliau dilahirkan pada 5 Ogos 1890 di Seberang Sungai Raja, Alor Setar. Beliau mendapat pendidikan sehingga darjah 7 di sekolah Inggeris 'Penang Free School'.

Kerjaya:

  • Penterjemah di Pejabat Penasihat Inggeris, Alor Setar (1907)
  • Penolong Setiausaha Majlis Negeri Kedah (1910)
  • Kepala Pekerjaan Tanah (1912)
  • Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (1915)
  • Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (1931 - 1948)
  • Menteri Besar Kedah yang pertama (1948 - 1954)

Sebagai menghargai sumbangan dan jasa baktinya yang cemerlang sebagai Menteri Besar Kedah, beliau telah dikurniakan beberapa anugerah seperti 'Award of Kedah Long Service Medal' oleh KDYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid, C.B.E dan C.M.G daripada Raja Inggeris di London dan 'Kedah Order of Merit' (K.O.M) oleh KDYMM Almarhum Sultan Badlishah.

Beliau kembali ke rahmatullah pada 27 September 1962 sewaktu berusia 72 tahun dan disemadikan di tanah perkuburan Islam Akar Peluru, Alor Setar.

 
   
TUTUP TETINGKAP
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.