Anda di sini:


Dato' Wira Haji Yusof Bin Nayan

 

[Klik untuk melihat gambar besar]

Dato' Wira Haji Yusof b. Nayan telah dilahirkan pada tanggal 2 Oktober 1950 di Kampung Jerlun, Daerah Kubang Pasu, Kedah. Pada tahun 1963, beliau telah ditawarkan ke Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra dan menuntut di sana selama 6 tahun. Setelah mendapat keputusan yang cemerlang, beliau kemudiannya memasuki Universiti Malaya pada tahun 1970 sehingga tahun 1973. Pada tahun 1982, beliau telah diterima masuk ke London School Of Economics University of London, United Kingdom dan berjaya memperolehi Master of Science Social Planning pada tahun 1983.

Kerjaya :

  • Pegawai Kadet Sementara dalam Perkhidmatan Pentadbiran Negeri Kedah
  • Penolong Pegawai Daerah Padang Terap (Tambahan)
  • Penolong Pemungut Hasil Tanah Padang Terap
  • Penolong Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah
  • Penolong Pegawai Daerah Bandar Baharu
  • Penolong Pegawai Kemajuan Negeri Kedah
  • Penolong Pegawai Daerah II Kota Setar
  • Pengarah Lembaga Kesihatan Negeri Kedah
  • Memangku jawatan Setiausaha Majlis Perbandaran Kota Setar
  • Yang Di Pertua Majlis Daerah Kerajaan Tempatan Kuala Muda
  • Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar
  • Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah
  • Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kota Setar
  • Pegawai Daerah Kulim
  • Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kota Star
  • Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Star

Di atas usaha dan kecemerlangan beliau sewaktu berkhidmat dengan kerajaan, beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran iaitu Bintang Cemerlang Kedah (B.C.K.), Anugerah Mangku Negara (A.M.N.), Ahli Mahkota Kedah (A.M.K.), Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K) dan Darjah Kebesaran Gemilang Seri Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (D.G.M.K.) oleh KDYMM Sultan Kedah yang membawa gelaran Dato' Wira pada tahun 2006.

 
   
TUTUP TETINGKAP
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.