Anda di sini:

YB Encik V. Arumugam

 

YB Encik V. Arumugam dilahirkan pada 10 November 1954 di Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Beliau mendapat pendidikan awal di St. Theresa's Primary School dan seterusnya beliau meneruskan pengajiannya ke peringkat menengah di St. Theresa's Secondary School, Sungai Petani. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke Institut Teknologi Udara TUDM, Kinrara dalam bidang 'Aircraft Engineering' dan dalam bidang 'Aircraft Propulsion' di Royal Airforce Halton, United Kingdom. Minat yang mendalam dalam bidang 'aircraft' ini telah menarik minat beliau untuk membuat pengajian lanjutan dalam bidang 'Aircraft Engineering' di Tushino Machine Building Bureau "SOYUZ" Moscow, Federation of Russia.

Kerjaya :

  • Aircraft Servicing and Maintenance of RMAF Aircrafts (1976-1994)
  • MIG 29 Aircraft Systems School Chief Instructor (1994-1998)
  • Jurulatih di Institut Teknologi Udara, Kolej TUDM Alor Star (2006-2008)
  • Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
  • Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India


Bagi mengenang sumbangan dan jasa baktinya kepada angkatan tentera, beliau telah dianugerahkan Bintang Darjah Kepahlawanan ATM (Bintara Angkatan Tentera) dan Pingat Perkhidmatan Setia ATM.

 

 

 


 

 
   
TUTUP TETINGKAP
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.