Anda di sini:

YB Tuan Hj Ir. Amiruddin bin Hj Hamzah

 

YB Tuan Hj Ir. Amiruddin bin Hj Hamzah dilahirkan pada 20 April 1962 di Kuala Kedah. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sek. Ren. Jenis Keb. (Inggeris) Telok Chengai, Jalan Kuala Kedah. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di peringkat menengahnya di Maktab Rendah Sains MARA, Seremban. Keputusan cemerlang beliau telah membawanya menyambung pelajaran pada peringkat lebih tinggi di Aston College, Wrexham, United Kingdom dan tidak lama kemudian, beliau melanjutkan pelajaran di University of Bradford, England dalam bidang kejuruteraan (Civil & Structure).

 

Kerjaya :

  • Jurutera di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) (1984 - 1996)
  • TR Properties Sdn Bhd (1996 - 1997)
  • Pengurus Kanan di Darulaman Realty Sdn Bhd (1997 - 1999)
  • Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
  • Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Sains dan Inovasi

 

Beliau juga turut menulis sebuah buku yang diterbitkan oleh MCB University Press pada tahun 1996 bertajuk 'People Management : Where is the best practice? - Training For Quality Vol.4 No.4'.


 

 




 

 

 
   
TUTUP TETINGKAP
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.