Anda di sini:

YB Prof. Dato' Wira Dr. Hj. Othman bin Ishak

 

YB Prof.Dato' Wira Dr. Hj. Othman bin Ishak dilahirkan pada 14 April 1936 di Kubang Pasu, Jitra. Pendidikan awal beliau bermula di Sekolah Melayu Hosba sehingga lulus darjah 5 pada tahun 1951. Kemudian beliau menyambung pengajiannya di Maktab Mahmud sehingga darjah 8 dan lulus pangkat pertama pada tahun 1960. Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Al Azhar, Kaherah dalam bidang 'Islamic Law' dari tahun 1965/66. Beliau menyambung pengajiannya di peringkat Sarjana di Birmingham University, England dalam bidang Undang-Undang Perbandingan (Comperative Law) dari tahun 1969 sehingga 1971 dan Ph.D di Universiti Malaya di dalam bidang yang sama pada tahun 1980. Pada tahun 1981, beliau memperolehi Sijil Sistem Perbankan Islam dan Ekonomi dari Universiti Al-Azhar

Kerjaya :

  • Pensyarah dalam pengajian Islam di Universiti Malaya (1971)
  • Ketua Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya (1981 -1989)
  • Penasihat Pendidikan Islam di Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei (1989)
  • Pengarah Institut Agama Islam Kedah (INSANIAH) (November 1995 - November 1999)
  • Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
  • Pengerusi Jawatankuasa Agama

Penglibatan Pertubuhan Sosial dan Profesional :

  • Ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
  • Anggota Panel Tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan
  • Ahli Majlis Pengawasan Syariah Bank Negara Malaysia
  • Ahli Majlis Pengawasan Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
  • Ahli Majlis Pengawasan Syariah Bank Islam Malaysia Berhad
  • Ahli Majlis Pengawasan Syariah Takaful Malaysia
  • Ahli Majlis Pengawasan Syariah Asean Retakaful International (L) Ltd. (ARIL) Labuan , Malaysia
  • Ahli Dewan Pengawas Syariah PT Syarikat Takaful Indonesia dan Syarikat Kumpulan
  • Ahli Majlis Pengawasan Syariah Amanah Saham Kedah Berhad
  • Ahli Lembaga Maahad Mahmud, Alor Star Kedah
  • Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Maahad Mahmud Alor Star, Kedah


Beliau juga turut menghasilkan beberapa hasil penulisan yang berkaitan dengan bidang Perundangan Islam antaranya "The Preservation of Rejection of Jahili Custom' (1973), 'The Attitudes of The Early Madhabib To Urf' (1973), Undang-Undang Nikah dan Cerai Islam Di Malaysia Perlu Diketatkan (1972), Hubungan Antara Undang-Undang Islam Dengan Undang-Undang Adat (1979) dan Fatwa Dalam Perundangan Islam (1981).

Pada tahun 1985, beliau telah dianugerahi Profesor Undang-Undang dari Universiti Malaya. Seterusnya pada tahun 2000, beliau telah dianugerahkan Profesor Kehormat oleh Universiti Al-Azhar, Mesir sebagai menghargai sumbangan beliau di dalam pendidikan. Anugerah tersebut merupakan yang terulung yang diberikan kepada tokoh tokoh ilmuan dan ianya mengambil kira sumbangan beliau dalam mengasaskan Akademi pengajian Islam di Universiti Malaya, Isntitut Pengajian Islam Brunei dan menubuhkan Istitut Agama Islam Negeri Kedah (INSANIAH).

Bagi mengenang sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan pingat Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K) oleh KDYMM Sultan Kedah yang membawa gelaran Dato' dan terkini adalah D.G.M.K. yang membawa gelaran Dato' Wira.

 

 
   
TUTUP TETINGKAP
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.