 |

Pada tahun 1983, bangunan ini telah dirasmikan
sebagai Balai Seni. |
Bangunan ini merupakan bangunan Pejabat Kerajaan
moden yang terawal dibina di Bandar Alor Star. Ketua pembinaannya
ialah Muhammad bin Lebai Tambi, arkitek dari Jabatan Kerja Raya Negeri
Kedah. Pembinaannya bermula pada 21 Januari 1893 (4 Rejab 1310). Setelah
siap pada tahun 1893, beliau dipertanggungjawabkan membaik-pulih bangunan
Balai Besar.
Bangunan moden yang bercirikan senibina timur dan barat ini pada
mulanya dijadikan Mahkamah Besar dan telah dirasmikan oleh Sultan
Abdul Hamid Shah. Sewaktu upacara perkahwinan lima orang putera-puteri
baginda berlangsung selama tiga bulan (Jun hingga September 1904),
bangunan ini ditutup untuk dijadikan Dewan Jamuan Khas untuk VIP.
Pada tahun 1912, beberapa jabatan telah ditempatkan di sini seperti
Pejabat Tuanku Sultan, Pejabat Perbendaharaan dan Audit serta Penasihat
British. Menjelang tahun 1914, kebanyakan jabatan itu berpindah
ke Bangunan Wan Muhammad Saman. Bangunan ini diduduki pula oleh
Jabatan Kerja Raya, Jabatan Parit dan Tali Air (Saliran). Sempena
perayaan menyambut Jubli Perak pemerintahan KDYMM Tuanku Sultan
Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah (1958-1983), bangunan ini dijadikan
Balai Seni Negeri yang dirasmikan oleh baginda pada 25 Julai 1983.
|