 |


Bahagian hadapan bangunan Mahkamah Tinggi Alor Star.

Bangunan Mahkamah Tinggi Alor Star dilihat dari sisi kiri.
Bangunan ini terletak di persimpangan Jalan Putera, bersebelahan
Balai Nobat di tengah bandar Alor Star.

Bangunan Mahkamah Tinggi dari sudut tepi.
|
Bangunan ini terletak di persimpangan Jalan Putera bersebelahan
dengan Balai Nobat. Pada mulanya, Bangunan Mahkamah ini ditempatkan
di Balai Seni yang ada sekarang yang dahulunya dipanggil "Mahkamah
Besar".
Bangunan ini telah dibina pada bulan Rabiulawal 1341 Hijrah bersamaan
November 1922 seperti yang tertera pada sekeping batu marmar di
suatu sudut di dalam bangunan mahkamah itu. Nama-nama mereka yang
bertanggungjawab dalam pembinaan Mahkamah tersebut ialah DYMM Sultan
Abdul Hamid Halim Shah (Regent), W.Peel ESQ (Penasihat British),
Mejar W.R. Sanguinetti, O.B.E.M.C. (Jurutera Negeri), F.W. Wade
ESQ. A.I.R.B. (Arkitek), dan H.W.Fofden ESQ. (Kontraktor).
Melihat kepada rekabentuk senibinanya, jelas menunjukkan bahawa
bangunan ini lebih bercirikan senibina Roman. Keadaan ini dapat
dikenal melalui rekabentuk tiang yang letaknya berdekatan antara
satu dengan lainnya tanpa memikirkan aspek keluasan ruang-ruang
yang akan digunakan. Pelbagai jenis ukiran juga terdapat pada bahagian
dindingnya. Pada bahagian atas berdekatan bumbungnya diletakkan
logo lambang Negeri Kedah.
|