 |

Masjid ini dihiasi dengan lima kubah utama sebagai simbol lima
Rukun Islam.
|
Masjid ini dibina pada tahun 1912 atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni
Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Tapak masjid ini sebelum
pembinaannya adalah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa
mempertahankan Kedah dari serangan Siam(1821). Rekabentuk masjid
ini diilhamkan dari Masjid AZIZI di Bandar Langkat, Sumatera Utara.
Masjid ini dihiasi dengan lima kubah utama sebagai simbol lima Rukun
Islam.
Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 15 Oktober 1915
oleh Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah. Tunku Mahmud telah membaca
khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan
solat Jumaat. Di belakang Masjid Zahir, terdapat Kompleks Bangunan
Mahkamah Syariah dan Pusat Pendidikan Asas Kanak-Kanak.
Masjid Zahir mempunyai keluasan tapak kira-kira 124,412 kaki persegi.
Dewan tengahnya (Dewan Sembahyang) berukuran 62 x 62 kaki persegi
dan dikelilingi oleh beranda berukuran 8 kaki lebar dengan 4 anjung
yang setiap satunya terdapat sebuah kubah. Menara utamanya terletak
di bahagian timur laut bangunan masjid itu.
|