Cari maklumat mykedah: 
 
   Anda di sini:

Bangunan Mahkamah Rendah Lama

Oleh : Dato' Hj. Wan Shamsudin Mohd Yusof

Bangunan Mahkamah Rendah Lama ini terletak di Jalan Raja, Alor Setar. Tapak Mahkamah Rendah Lama ini pada asalnya adalah tapak sebuah surau kepunyaan ulama Tuan Guru Haji Saleh yang berasal dari Penaga, Seberang Perai.

Tuan Guru Haji Saleh pernah membuka perkampungan pondoknya di kawasan itu. Beliau juga pernah berkhidmat selaku penasihat kepada Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1854-1879) dan dilantik sebagai Guru Agama di istana. Surau ini juga dijadikan tempat perbicaraan kes-kes berkaitan Hukum Agama Islam seperti nikah-kahwin, cerai dan sebagainya.

Dalam tahun 1931, di atas tapak surau ini telah dibangunkan Mahkamah Rendah iaitu semasa Kedah di bawah naungan British. Rekabentuk senibina bangunan ini juga sama seperti Bangunan Mahkamah Tinggi iaitu bercirikan senibina Roman.










mykedah.com
dihasilkan oleh:

PERBADANAN
PERPUSTAKAAN
AWAM KEDAH
Kedah State Public
Library Corporation
Dibiayai oleh :
Demonstrator Applications Grant Scheme (DAGS) of the National IT Council (NITC) Malaysia


Disokong oleh:
Kerajaan Negeri
Kedah Darul Aman
KEPERLUAN
Shockwave Flash™ untuk memaparkan animasi dan peta. Klik

DAN Real Player untuk memaparkan klip video dan audio. Klik untuk download dan install sekarang!
Paparan terbaik dengan Microsoft Internet Explorer 5.0 dengan resolusi 800x600.

Kemaskini: 13-03-2003

 
Copyright © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah. All Rights Reserved
Go!