|

Bangunan Wisma Negeri dilihat
dari arah hadapan.

Bangunan Wisma Negeri yang terletak
bersebelahan Balai Besar di Medan Bandar Alor Star. Bangunan
ini dirasmikan oleh DYTM Tunku Haji Abdul Malik Ibni Al-marhum
Sultan Badlishah pada 9 September 1973.

Bahagian belakang Wisma Negeri
yang menempatkan bangunan lama yang dikenali sebagai 'opis
dalam'.
|
 |
Bangunan ini merupakan nadi pentadbiran kerajaan Negeri Kedah Darul
Aman suatu masa dahulu. Perasmian bangunan ini telah disempurnakan
pada 11 Syawal 1393 bersamaan 8 September 1973 oleh D.Y.T.M. Tuanku
Haji Abdul Malik ibni Almarhum Sultan Badlishah, Pemangku Sultan
Kedah pada waktu itu. Lokasinya terletak di sebelah bangunan Balai
Besar, di medan Bandar Alor Star.
Bangunan ini pada awalnya menempatkan pejabat-pejabat penting seperti
pejabat KDYMM Tunku Sultan, DYTM Raja Muda, Setiausaha Kerajaan
Negeri dan Pejabat Kewangan Negeri. Sebelum ini pejabat-pejabat
tersebut berada di bangunan secretariat atau terkenal dengan sebutan
'opis dalam', iaitu bangunan dua tingkat yang terletak di belakangnya
yang mula digunakan pada tahun 1929. Di bangunan ini juga terdapat
Dewan Persidangan untuk ahli-ahli Dewan Negeri Kedah yang sebelum
itu bertempat di Balai Besar semenjak Majlis Negeri di asaskan pada
tahun 1905.
Pada 15 April 1993, semua pejabat terpenting di sini termasuk
Dewan Undangan Negeri telah berpindah ke Wisma Darul Aman yang terletak
1 kilometer dari pusat bandar dan bersempadan di antara Jalan Tunku
Bendahara, Jalan Sultanah dan Lebuhraya Darul Aman. Sementara Wisma
Negeri ditempatkan beberapa jabatan penting lainnya seperti Pejabat
Perbendaharaan dan Audit, Pejabat Tanah dan Galian dan Pejabat Daerah
Kota Setar.
Dari segi struktur rekabentuk bangunan, dengan adanya bentuk-bentuk
gerbang di setiap tingkap, menjadikan bangunan ini kelihatan cantik.
Di bahagian depan bangunan ini terdapat jalinan lencana Negeri Kedah
yang mewujudkan suasana harmoni. Ini tambah pula dengan bumbung
'fiber glass' sebagai tanda pintu masuk utama ke bangunan ini. Walau
bagaimanapun, bangunan Wisma Negeri bolehlah dikategorikan sebagai
bangunan yang mempunyai ciri-ciri senibina moden.
|