 |

Bangunan Wan Muhammad Saman dilihat
dari sudut hadapan.

Bangunan ini terletak di medan
bandar bersebelahan Muzium DiRaja dan Balai Besar. Ia mula
dibina pada tahun 1939 dan siap pada tahun 1941.

Bangunan ini dilihat dari sudut
tepi.
|
Bangunan ini terletak di Medan Bandar bersebelahan dengan Muzium
DiRaja dan Balai Besar. Bangunan ini mula dibina pada tahun 1939
dan siap pada tahun 1941 semasa pemerintahan British. Sebelum Perang
Dunia Kedua, bangunan ini menempatkan beberapa jabatan penting termasuklah
pejabat KDYMM Tunku Sultan Kedah.
Selepas perang bangunan ini pernah dijadikan Pejabat Tanaman (Pertanian)
yang diketuai oleh Tunku Yaakob, Pejabat Pelajaran (Pendidikan),
Pejabat Penerangan dan juga Pejabat Tanah.
Bangunan ini juga pernah dijadikan Pejabat Daerah Kota Setar dan
kini diduduki oleh Pejabat Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Bangunan
ini dinamakan Bangunan Wan Muhammad Saman adalah mengambil sempena
jasa-jasa cemerlang yang disumbangkan oleh Dato' Wan Muhammad Saman
terhadap pentadbiran Negeri ini. Beliau pernah dilantik menjadi
Perdana Menteri Negeri Kedah pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad
Tajuddin Mukarram Shah (1854-1879) dan zaman pemerintahan Sultan
Abdul Hamid Halim Shah (1882-1943). Jika dilihat daripada struktur
pembinaan bangunan ini adalah bercirikan senibina Kolonial.
|