Cari maklumat mykedah: 
 
   Anda di sini:
Menara Jam Besar

Oleh: Dato' Haji Wan Shamsuddin b. Mohd. Yusof

Bangunan Jam Besar yang terletak di Medan Bandar berhampiran Masjid Zahir. Pembinaannya sezaman dengan Bangunan Masjid Zahir.


Pintu masuk ke Menara Jam Besar.

Menara ini terletak di Jalan Putera. Ia dibina pada tahun 1912 dahulu dan kini berusia lebih kurang 90 tahun. Tiba pada waktu-waktu tertentu, jam ini akan berbunyi. Daripada segi reka bentuknya, terdapat dua unsur yang ditonjolkan di sini iaitu unsur Islam dan Hindu.

Unsur Islam dapat dilihat pada bahagian kubahnya berserta lambang bulan sabit yang biasanya dapat dilihat pada masjid-masjid. Begitu juga ukiran yang terdapat di sekeliling menara ini. Tetapi, kalau diperhatikan pada bahagian bawah menara tersebut, ukirannya melambangkan unsur Hindu, terutamanya pada bahagian pintu masuknya. Tegasnya, rekabentuk menara ini tidak mempunyai pengaruh dari luar. Ia hanya dikembangkan di sekitar pengaruh agama Islam dan Hindu dahulu.

Pembinaan bangunan Jam Besar ini mempunyai kaitan rapat dengan masjid zahir iaitu dari segi peranan dan fungsinya. Ianya memberi kemudahan kepada orang ramai terutamanya bilal yang bertugas di Masjid Zahir bagi menentukan waktu masuknya waktu solat sebelum azan dilaungkan. Dahulunya jam di Menara ini akan berbunyi setiap kali menjelang masuknya waktu solat dan diikuti dengan paluan nobat yang akan dimainkan di Balai Nobat dan sejurus kemudian azan akan dilaungkan dari Masjid Zahir.

 

 

 










mykedah.com
dihasilkan oleh:

PERBADANAN
PERPUSTAKAAN
AWAM KEDAH
Kedah State Public
Library Corporation
Dibiayai oleh :
Demonstrator Applications Grant Scheme (DAGS) of the National IT Council (NITC) Malaysia


Disokong oleh:
Kerajaan Negeri
Kedah Darul Aman
KEPERLUAN
Shockwave Flash™ untuk memaparkan animasi dan peta. Klik

DAN Real Player untuk memaparkan klip video dan audio. Klik untuk download dan install sekarang!
Paparan terbaik dengan Microsoft Internet Explorer 5.0 dengan resolusi 800x600.

Kemaskini: 13-03-2003

 
Copyright © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah. All Rights Reserved
Go!