 |

Tempat bersemayam Sultan Kedah
dan beberapa adat istiadat Diraja.

Pintu Gerbang masuk ke Rumah Pelamin
yang dihiasi dengan ukiran yang menarik.

Pintu utama untuk masuk ke Rumah
Pelamin (yang kini dikenali dengan Muzium DiRaja)

Sebahagian dari kota yang memegari
Rumah Pelamin.
|
Istana Pelamin atau Rumah Pelamin telah dibina pada tahun 1736
semasa pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa (1710-1778). Istana ini
telah dijadikan tempat bersemayam Sultan Kedah dan beberapa adat
istiadat diraja telah diadakan di istana tersebut.
Istana Pelamin telah menempuh berbagai perubahan sejak ia dirosakkan
oleh Bugis pada tahun 1771 dan terbiar semasa pendudukan Siam dari
tahun 1821 hingga 1842.
Istana Pelamin terdiri daripada 3 bahagian utama iaitu :
- Ruang sebelah kanan yang dikenali sebagai Rumah Pelamin.
- Ruang tengah sebagai kediaman kaum perempuan dan kanak-kanak.
- Ruang ketiga / kiri yang pernah didiami oleh Sultan Abdul Hamid
Halim Shah.
Selepas beberapa ketika, Sultan Abdul Hamid telah berpindah ke
bahagian belakang Istana Pelamin.
Fungsi utama Istana Pelamin ialah tempat bersemayam kerabat-kerabat
DiRaja. Pada tahun 1851, Istana Pelamin diperbaiki oleh Almarhum
Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah.
Pada zaman dahulu, Istana Pelamin merupakan tempat diadakan kenduri
kahwin, upacara perkahwinan dan beberapa adat-istiadat DiRaja yang
lain. Istana ini mendapat nama Istana Pelamin setelah berlangsungnya
istiadat perkahwinan DiRaja yang paling meriah pada tahun 1904,
iaitu perkahwinan lima putera dan puteri Almarhum Sultan Abdul Hamid.
Pada hari ini, Istana Pelamin telah dijadikan Muzium DiRaja Kedah
yang telah dibuka kepada orang ramai pada tahun 1983.

Rumah pelamin dilihat dari arah
hadapan. |

Kota yang memagari sekeliling Rumah
Pelamin. Kota ini bersambung dengan Kota Tengah mempunyai lima
pintu masuk iaitu tiga di bahagian hadapan dan dua di bahagian
belakang. |
|