Hak Cipta Terpelihara© 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.

Cara-Cara Membuat Kueh Karas

Bahan-Bahan

1 paket tepung beras
½ tepung jagung
½ kilo gula pasir
Air
Minyak secukupnya

Cara Membuat

  1. Karas dibuat dengan menggunakan tempurung kelapa yang berlubang-lubang halus. Acuan ini diikatkan pada sebatang kayu melintang pada tempurung diikatkan dawai ditengah-tengah kayu tadi agar boleh digantungkan tempurung di atas kuali.

  2. Adunan dituangkan ke dalam tempurung yang digantung di atas kuali yang telah panas minyaknya. Adunan akan mengalir melalui lubang-lubang halus pada tempurung ke dalam kuali. Gerakkan dawai acuan (seperti membuat Roti Jala) dan jadikan adunan sebesar piring.

  3. Goreng sehingga karas garing dan berwarna perang. Angkat dan lipat mengikut citarasa masing-masing, samada berbentuk segi empat sama, digulung bulat (silinder), semi bulatan dan juga segitiga sama.

Langkah-1

Langkah-2

Langkah-3

Langkah-4

KE ATAS