Anda di sini:


...Sambungan

Kedah Maju 2010
 


Strategi Pembangunan

Cabaran utama Negeri Kedah Darul Aman di dalam Pelan Tindakan Kedah Maju 2010 ialah untuk memastikan penduduk Negeri Kedah Darul Aman dapat menikmati satu tahap pembangunan yang menjamin keselesaan dan kesejahteraan hidup.

Pendekatan "growth with equity" bagi mencapai pembangunan yang holistik dan seimbang, dan penumpuan kepada pertumbuhan jangka panjang akan dapat memenuhi hasrat ini.

Empat perkara yang menjadi fokus untuk pembangunan seimbang ialah:

Mencapai kadar pertumbuhan KDNK pada kadar 15% setahun.
Mengagihkan kekayaan negeri hasil pembangunan ekonomi untuk dinikmati oleh semua golongan masyarakat dengan adil.
Membangunkan sumber manusia yang berpengetahuan tinggi untuk pembangunan ekonomi jangka panjang dan persaingan global serta membentuk masyarakat patriotik, jatidiri dan bermoral.
Menjalankan pembangunan fizikal yang seimbang di seluruh negeri ke arah pembangunan mapan bagi memastikan persekitaran dan sumber asli dilindungi untuk generasi masa depan.

Empat teras strategik dikenalpasti sebagai pemacu pencapaian Wawasan Kedah Maju 2010 iaitu:

  1. Membangunkan ekonomi yang dinamik, progresif, kompetitif dan berdaya tahan.
    • Berusaha untuk mencapai kadar pertumbuhan KDNK sebanyak 15% setahun.
    • Tumpuan kepada sektor industri, ICT, pelancongan, pertanian dan prasarana.
    • Memupuk pembentukan sebuah "Knowledge Economy".
    • Pembangunan Sumber Manusia.

  1. Melaksanakan pembangunan yang seimbang dan membentuk masyarakat yang saksama
    • Menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin dan mengurangkan kemiskinan relatif.
    • Menggalakkan penyertaan bumiputera dalam aktiviti utama ekonomi.
    • Mewujudkan koridor pembangunan yang merentasi daerah-daerah mundur.
    • Meningkatkan kemudahan prasarana, utiliti dan kemudahan sosial di luar bandar.
    • Membangunkan Pelan pembangunan usahawan yang bersepadu.
    • Meningkatkan pengawalan alam sekitar dan pengawalan pencemaran.

  2. Mewujudkan masyarakat berilmu dan jatidiri.
    • Meningkatkan kualiti hidup penduduk.
    • Meningkatkan kemudahan pendidikan.
    • Menggalakkan konsep pembelajaran sepanjang hayat.
    • Mendorong pembentukan masyarakat penyayang.
    • Memupuk pembangunan rohani dan moral di kalangan generasi belia.
    • Menyediakan keperluan perumahan, riadah dan sukan.

  3. Mengukuhkan institusi jentera pentadbiran bagi melaksanakan Program Pembangunan Kedah Maju 2010
    • Membentuk Kerajaan elektronik bagi meningkatkan kecekapan.
    • Mempertingkatkan jentera perancangan pembangunan negeri.
    • Menyediakan kemudahan latihan dan kelengkapan.
    • Memperkukuhkan kedudukan kewangan negeri.

Sila lawat laman web Kedah Maju untuk maklumat lanjut: http://www.kedah.gov.my/bm/kedahM.htm

 
   
TUTUP TETINGKAP
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.