Cari maklumat mykedah: 
 
    Anda di sini: 


Kedah Maju Mulai Tahun 2010


Ucapan PM
Ucapan Menteri Besar

Klip Video PM
Klip Video Menteri Besar


Membangunkan sumber manusia yang berpengetahuan tinggi untuk pembangunan ekonomi jangka panjang dan persaingan global serta membentuk masyarakat patriotik, jatidiri dan bermoral.

Pelan Tindakan Maju 2010 yang meliputi tempoh 2001-2010 dirangka bagi merealisasikan sepenuhnya wawasan Negeri Kedah Darul Aman untuk mencapai taraf negeri maju menjelang 2010. Pelan ini akan menentukan arah pembangunan negeri Kedah Darul Aman dalam tempoh satu dekad akan datang. Ianya menggabungkan strategi, program dan projek yang dirangka bagi mempercepatkan lagi pembangunan negeri Kedah Darul Aman, menangani cabaran-cabaran baru ke arah mencapai status negeri maju menjelang tahun 2010.

Prestasi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) per kapita negeri Kedah Darul Aman yang masih rendah daripada purata negara, memerlukan pertumbuhan ekonomi negeri yang tinggi dan pesat bagi mengimbangi dengan tahap pembangunan ekonomi negeri-negeri maju yang lain. Untuk memastikan pencapaian matlamat yang dihasratkan, pertumbuhan KDNK negeri Kedah Darul Aman perlu tumbuh pada kadar yang tinggi melebihi kadar purata negara. Perancangan pembangunan yang teratur dan berkesan serta komitmen secara menyeluruh daripada pihak kerajaan, swasta dan penduduk negeri Kedah Darul Aman, akan melancarkan proses pembangunan dan mampu mencapai matlamat yang disasarkan.

Dalam era globalisasi dan kemunculan ekonomi baru, antara cabaran baru yang akan dihadapi oleh Negeri Kedah Darul Aman pada masa akan datang adalah perkembangan ekonomi digital, globalisasi dan cabaran untuk membangunkan ekonomi yang berasaskan pengetahuan. Perkembangan pesat ekonomi digital dalam masa satu dekad yang lepas telah banyak menyumbang kepada peningkatan dalam prestasi ekonomi negara-negara maju. Bentuk ekonomi baru ini yang mengeksploitasikan sumber pengetahuan, maklumat, teknologi baru dan inovasi telah mengubah cara menjalankan perniagaan kepada kaedah baru yang lebih kepada teknologi dan maklumat, yang mana dapat mengurangkan kos pengeluaran, kepantasan operasi, kecekapan dan produktiviti negara.

Dengan berlandaskan kepada matlamat negara, Pelan ini menyediakan landasan bagi Kerajaan Negari Kedah Darul Aman menghadapi cabaran globalisasi dan ekonomi baru. Ianya juga menyediakan landasan bagi Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman mencapai objektif pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan matlamat utama mewujudkan Kedah Darul Aman negeri maju menjelang 2010.

 









mykedah.com
dihasilkan oleh:

PERBADANAN
PERPUSTAKAAN
AWAM KEDAH
Kedah State Public
Library Corporation
Dibiayai oleh :
Demonstrator Applications Grant Scheme (DAGS) of the National IT Council (NITC) Malaysia


Disokong oleh:
Kerajaan Negeri
Kedah Darul Aman
KEPERLUAN
Shockwave Flash™ untuk memaparkan animasi dan peta. Klik

DAN Real Player untuk memaparkan klip video dan audio. Klik untuk download and install sekarang!
Paparan terbaik dengan MS Internet Explorer 5.0 dengan resolusi 800x600.
   
  Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.
Go!